~My Small Family~

~My Small Family~

Wednesday, June 25, 2014

##Wordless Wednesday##

 

Salam...

lagi 3 hari kita umat islam akan bertemu kembali dengan Ramadhan Al-Mubarak ...

Alhamdullillah kita di beri kesempatan lagi..

Just nak share:-(mama n aiman)

 

aiman :- mama today 24hb kan

mama :- ye..nape?

aiman :- 29hb kita puasakan?tak sabar saya nak puasa ni...

mama :- (dlm hati...alhamdullillah..da besar ank mama ni..)..tau da erti ape itu puasa

Monday, June 23, 2014

PANTASKAH SYUGRA UNTUKKU????

Mengapa begitu berat
Jalankan segala perintah-Mu
Begitu banyak rintangan
Tuk mengarahkan wajah
Bersujud kepadamu Tuhan

Indahnya dunia ini
Membuat orang terlena
Bekerja terus bekerja
Tak kenal waktu dan tak kenal lelah

Gema azan Subuh, aku lelap tertidur
Gema azan Zuhur, aku sibuk bekerja
Gema azan Asar, aku geluti dunia
Tuhan, pantaskah syurga untukku

Gema azan Maghrib, aku di perjalanan
Gema azan Isya’, lelah tubuhku Tuhan
Tak pernah lagi ku baca firman-Mu
Tuhan tolonglah hambamu ..

TUHAN....





Wednesday, June 18, 2014

Solat Sunat Taubat

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).
.

Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)

.

Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.

.

Fadhilat Taubat:


.

1. Diampunkan Allah SWT.

2. Dimudahkan segala urusan.

3. Menceriakan kehidupan seharian.

4. Menghilangkan perasaan yang menekan.

5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.

..

CARA SOLAT TAUBAT

1.  Niat Solat Sunat Taubat:
.

2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:.

Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun

Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas

.

.
3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:


“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :
.

a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;

“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b.  Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;


“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c.  Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :
“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.
5.  Baca Doa Taubat
.

Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

kepadaMu aku bermohon kepadaMu aku mengadu..
ampun kan segala dosa2 ku..
sesungguhnya aku hambaMu yang hina..
semoga aku masih di beri kesempatan untuk memperbaiki diri ini..
amin..

Tuesday, June 17, 2014

**Lelaki Itu**

  • 'Lelaki itu' sangat tegas,garang,bengis,susah untuk senyum.
  • 'Lelaki itu'  selalu tak di senangi orang
  • Apa saja 'lelaki itu' buat ada saja tak kena di mata orang 
   dia dilahirkan bukan dalam family yang senang.macam2 liku kehidupan sudah dia lalui.pahit manis jatuh bangun die hanya kami yang tau.orang tak pernah tau ape yang die alami dan lalui.die jugak bukan lah dari golongan yang bijak pandai.
  dia tetap diam dengan apa yang orang lalukan padanya.kesabarannya....aku sendiri tak sesabar dia.pesan dia selalu padanya anak2nya."kita tak mati dek hinaan..tak hidup dek pujian".
jangan pernah dendam dengan orang.itu pegangan hidup dia. 

    kekadang sedih bila tengok dia diperlakukan sebegitu rupa. dia ada cara sendiri untuk selesaikan masalah. gaduh bukan cara dia. da macam2 dia lalui, dia tetap berada di level dia yang tersendiri. wat la apa pon, selagi apa yang dia wat tak salah slagi tu dia akan teruskan niat dia.

    Lelaki itu insan yang paling aku sayang..dia lah superhero bagi aku.tak mampu sekolah tinggi, tapi tak bererti kita tak boleh berjaya.dia lah ABAH aku!!



seorang y sg simple,pagoda n seluar pendek tu la dia





Monday, June 16, 2014

Berakhir~~~~~~~

Tiada kata-kata untuk di luahkan ,cukup hanya sekadar ucapan 
"terima kasih atas segalanye"

Engkau yang memulakan dan engkau jua yang mengakhiri
Semoga engkau lebih tenang gembira bahagia dengan apa yang engkau lakukan ini




Sunday, June 15, 2014

 Pesanan Untuk Suami Sempena World Cup

 Before ni kita semua da tau ape pesanan si suami tuk isteri kan..ni pesanan balas dari sang isteri:-
Take note ya!!!

Abang, saya ambil maklum atas syarat-syarat abang kenakan sepanjang bulan Jun dan Julai sempena Piala Dunia. Berikut pula adalah terma dan syarat dari saya :-
1. Abang nak tengok bola silakan. Tapi tolong jangan nak emosional kalau pasukan abang kalah. Profesional sikit, dorang bukan kenal abang pun so jangan nak ye ye sangat.

2. Oleh sebab game pada tengah malam, konsep self-service digunapakai di dapur. Saya nak tido.

3. Nak tengok bola takde masalah. Tp tolong senyap sikit bila gol ke, tak gol ke. Abang bukan kat stadium. Anak terjaga, abang yang gol nanti.

4. Nak tengok bola tengok betul-betul. Pastikan bukan TV yang tengok abang.

5. Tolong sediakan kotak tisu semasa dan selepas perlawanan. Jangan nak pinjam bahu saya bila pasukan abang kalah.

6. Gunakan ashtray yang betul. Sebarang kesan abu rokok amat mengecewakan.

7. Jangan asyik nak MC dan EL je. Berani buat, beranilah tanggung jadi zombie kat pejabat.

8. Akhir sekali dan yang paling penting. Bola bola jugak. Malam jumaat jangan lupa. Sebelum tengok pasukan abang score, why not abang score dulu? Namun, sebarang gol awal amatlah mengecewakan pasukan lawan. 






Sekian.

Ikhlas dari,
Isteri
Piala dan Syurga Dunia abang


sumber: email
Really Miss U




~Sabar Itu Indah~
Insyallah
Jangan Ada Dengki

aku sangat tak faham dengan orang yang ade je tak puas hati, dengki,
cari pasal.Padahal orang yang ko dengki tu tak pernah usik ko pon.
bercakap tanpa usul periksa tu kan x betol caranya tu.
seandai apa yang ko cakap tu salah, kan da jadi 'FITNAH'
taukan fitnah tu berdosa??
x pasal2 kau punya pahala bagi dekat orang yang ko fitnah tu bro!!

Sudah2 la tu, setiap ape orang tu buat ade je tak kena di mata korang
rezeki memasingkan, ikut hati aku memang tak boleh terima ape yang ko wat ni..
walaupon sekadar ko update gamba kat fb, tempiasnya aku rasa wei!!
ni la masalah orang melayu kampung!!!
sedih tau tak?? tak penah nak berubah..
plssss la jangan jadi keKAMPUNGan sangat.
manusia ohhh manusia

Friday, June 13, 2014

New Friendz K1M Kelana Jaya

start 7 january aku mula kerja dekat sini
sangat2 aku tak suka pada mulanya
benci,sedih,hari2 aku meratapi macam hilang orang yang disayangi
menangis tak payah cakap la kan..
inilah yang dikatekan kehidupan
nak tak nak aku ke lalui jugak walaupon terpaksa
hari demi hari aku lalui
dari tak suka, tak de kawan..
now aku da selesa kerja disini..alhamdulillah
mereka ni la penyeri saya disini..








 
S.A.H.A.B.A.T

Tanpa diduga tanpa di rancang awal tahun ni aku melangkah pergi
tinggalkan kerjaya yang paling aku sayang
ini bidang aku tapi di sebabkan orang2 yang aku sayang aku turutkan jugak
disini bukan sekadar kerja, kat dini jugak lah aku kenal erti kasih sayang sahabat
kasih seorang kakak/adik perempuan yang slame ini aku x penah rase
mereka lah teman gurau senda,ketawa menangis,bergaduh baek,
mereka segala2 yea.
aku akan sentiase merindui kalian
tak pernah sesaat pon lupakan kalian
sayang ni takkan pernah pudar...(wah mcm org bercinta plak kan)

Kak Haida,Kak Lin,Pika,Fiza
aku sayang sangat kat korang!!!!










PESANAN DARI KEKASIH


Setiap hari pesanan ni mesti aku dapat :-


"JAGA DIRI..JAGA SMUE YEA"

Insyaallah saya akan jage...
Fenomena Amran Fans

Diam tak diam aku pon terjebak jugak dengan si Meran ni
giler ko klo follow die boleh di kire ketinggalan zaman beb..haha
Amran bukan biasa-biasa tau...pangkat ayahanda pekida..haha..ko hado..
mula2 macam tak berapa nak paham tapi lelame layan beb dgn si meran ni...
yang blum follow die better follow kang di cop ketinggalan zaman plak..
meran memang terbaek la wat setakat ni...
ingat!! meran bukan biasa2 tau..hahah

nah aku share skit tentang meran:-



 
Amran sangat bangga pas keje kt petronas oil & gas..
nak tahu lebih lanjut follow la kt fb "amran fans"
korang compom layan punya la...
bye!!!!!

UlangTahun "Super Hero" 6 Tahun

walaupon agak da basi entry ni
tapi nak story jugak sebagai kenangan2 untuk aku & family
die lah penawar dikala suka & duka
penyeri mama & ayah
madu & racun mama & ayah
pejam celik pejam celik da 6tahun cinta hati mamaayah ni
cepat betol masa berlalu
6tahun lepas pukul 6pagi mama da masuk labour room sayang
tapi pukul 6.05ptg kamu baru nak kaur melihat dunia
alhamdullillah semue yea selamat
sekarang kamu da besar 
pada 12 april 2014
berlokasikan umah mak aku(umah aku kecik tak muat kang)
berlangsung la majlis kecil2an tuk my Super Hero"Aiman Rifqi"

corat coret majlis:-






Doa mama moga kamu berjaya dunia akhirat
belajar rajin2 hormat orang tua jangan nakal2..

Thursday, June 12, 2014

Aktiviti Setahun Sekali Si Ayah


Abdul Himizul Rizman Bin Othman
itu lah suami saya
Ari ni bersamaan jumaat 13 june 2014
die pegi tuk laporkan diri dekat kem sg besi
dan tetibe ari ni jugak anak kesayangan die demam
ayah baru pegi kamu da demam sayang
klo ikutkan sifat ayah..die bukan seorang yang suka bergambar
tapi di sebabkan beristerikan 'aku'
terpakse jugak die layan perangai sewel aku ni
eh!ayah sebab tu la mama sayang sangat dekat ayah coz u x pernah kate 'no' walaupon u tak berapa nak rela..LOVE U la!!!!!!



"Setiap kejayaan seorang LELAKI itu
Ade seorang PEREMPUAN di belakangnya"
Love U till Jannah!!
~~Quality Time Untuk My Super Hero~~

Setelah sekian lame tak ber-BLOG...rasa macam nak kembali beraktif... katanya...
ari ni update beria..kang sok lusa x update...tu la hakikatnya...malas yang tak sudah...ASZ oh ASZ...
bila lah penyakit "M" ko tu nak ilang...adehhhhh....

ok...terus ke topik yang aku nak share arini...di sebabkan semalam aku off...ayah plak keje pagi..so petang de mase tuk aiman..x de pegi jauh mane pon..just pegi 'main place' dekat usj21 tu...ok la tuk hiburkan hati si anak kecil ni....dapat maen2,lari2,happy2 tu pon da memadai tuk die...

kamu happy mama turut happy sayang





aktiviti before ayah pegi rejimen...pasni tgu lg 2 minggu baru leh jenjalan lagi ek sayang....